Fungsi dan Ciri Whoscall

  • Mengenalpasti Identiti Pemanggil Serta-merta membantu pengguna mengenalpasti identiti pemanggil masuk yang bukan dalam kenalan telefon, bagi masa kepada pengguna supaya bersedia untuk menjawab panggilan penting atau mengabaikan panggilan yang tidak digemari.
  • Sekat Nombor atau Kata Kunci membolehkan pengguna untuk sekat nombor dengan satu butang selepas tamat panggilan tersebut. Anda juga boleh sekat kata kunci dalam tag, seperti menyekat semua nombor yang mengandungi kata kunci yang tertentu dalam hasil pencarian. Pengguna juga boleh menyekat semua nombor yang bermula dengan 018, ataupun menyekat nombor antarabangsa.
  • Pengendalian Nombor membantu pengguna mengendali nombor dalam kumpulan. Fungsi ini membolehkan pengguna membahagikan senarai kenalan yang berbeza dari kenalan yang disimpan dalam telefon bimbit.
  • Pangkalan Data Luar Talian membolehkan pengguna melakukan pencarian butiran nombor yang tidak dikenali walaupun tiada sambungan talian internet. Fungsi ini juga menghasilkan hasilan pencarian dengan lebih pantas. Fungsi ini merupakan pilihan fungsi percuma yang boleh dimuat turun.
  • Whoscall ShowCard merupakan sistem yang membolehkan pengguna Whoscall mereka ShowCard yang khas untuk perniagaan sendiri dengan menyunting maklumat yang dipamerkan ketika membuat panggilan keluar.
  • Laporkan Nombor yang tidak disenangi dan kongsikan kepada komuniti pengguna